backup og meta

Apakah Punca Kecacatan Bayi yang Baharu Lahir?

Apakah yang dimaksudkan dengan kecacatan bayi?

Kecacatan bayi dapat dilihat melalui struktur atau fungsi tubuh badan bayi yang tidak normal selepas melahirkan bayi. Kecacatan bayi sebenarnya boleh dikesan ketika tiga bulan pertama kehamilan anda. Namun begitu, tidak semua kecacatan bayi adalah berbahaya. Terdapat juga kecacatan yang minor. Kecacatan bayi mungkin akan memberi kesan terhadap penampilan dan fungsi organ bayi selain menyebabkan ketidakupayaan mental dan fizikal. Namun ada juga kecacatan bayi yang boleh mendatangkan kematian.

Apakah Punca Kecacatan Bayi yang Baharu Lahir?

Bayi yang kurang bernasib baik ini semestinya memerlukan rawatan jangka masa panjang bergantung kepada jenis kecacatan mereka. Namun begitu, terdapat juga kecacatan yang tidak akan memberi sebarang kesan kepada bayi. Kebanyakan bayi yang lahir dengan kecacatan juga mampu untuk membesar dengan fizikal dan mental yang sihat.

Apakah yang menyebabkan kecacatan bayi?

Para doktor tidak mampu untuk menyatakan punca sebenar kecacatan yang berlaku pada bayi. Terdapat beberapa sebab yang mungkin boleh menjadi punca perkara ini iaitu genetik, gaya hidup, terdedah kepada bahan kimia atau ubat-ubatan, infeksi semasa kehamilan mahupun kesemua faktor ini sekali.

Genetik

Sekiranya genetik merupakan punca utama kecacatan bayi, anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalangnya. Kecacatan ini mungkin diwarisi oleh ibu atau bapa bayi melalui genetik mereka. Dalam beberapa kes kecacatan bayi, mungkin terdapat beberapa genetik yang hilang ketika proses pembentukan bayi berlaku. Malangnya, ini tidak dapat dielakkan.

Penyebab bukan genetik

Sekiranya kecacatan bayi berlaku bukan disebabkan oleh genetik, maka para doktor akan mengalami kesukaran untuk mengesahkan puncanya. Mungkin terdapat faktor luar yang lain ataupun tabiat buruk ibu hamil yang menyebabkan risiko bayi mengalami kecacatan apabila lahir.

Apakah faktor risiko kecacatan bayi?

Berikut merupakan beberapa faktor risiko kecacatan bayi:

  • Sejarah keluarga yang pernah mempunyai bayi yang cacat atau gangguan genetik yang lain.
  • Pennggunaan dadah, pengambilan alkohol atau merokok ketika kehamilan.
  • Kehamilan pada usia yang lewat.
  • Penjagaan pranatal yang tidak sebetulnya.
  • Infeksi virus atau bakteria seperti sexually transmitted infections yang tidak dirawat.
  • Penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi isotretinoin dan lithium.
  • Ibu bapa menghidapi kondisi medikal yang kurang sihat seperti diabetes.

Jenis kecacatan bayi yang biasa terjadi

Para doktor mengkategorikan lebih daripada 4,000 jenis kecacatan bayi yang diketahui kepada 2 kumpulan utama iaitu kecacatan struktur tubuh badan bayi dan kecacatan fungsi tubuh badan bayi.

Kecacatan struktur tubuh badan bayi: Menerangkan kondisi bayi yang tidak mempunyai mana-mana bahagian tubuh badan yang spesifik ataupun bahagian itu tidak terbentuk dengan sempurna. Antara contoh kecacatan struktur tubuh badan bayi ini adalah kecacatan pada jantung, bibir sumbing, spina bifida dan clubfoot.

Kecacatan fungsi tubuh badan bayi: Menerangkan kondisi bayi yang mengalami kegagalan pada fungsi atau sistem tubuh badannya. Ini termasuklah kegagalan sistem metabolisme, deria serta sistem saraf. Kegagalan fungsi atau sistem tubuh badan bayi ini mendorong bayi untuk menghidapi sindrom Down, penyakit sickle cell dan cystic fibrosis.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Birth Defects. http://www.healthline.com/health/birth-defects#Overview1. Access December 12, 2016.

Versi Terbaru

12/09/2019

Ditulis oleh Ahmad Farid

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Panduan Untuk Bapa, Ini 5 Cara Basuh Dan Tanam Uri Dengan Betul

Plan Nak Melahirkan Baby Di Private? Ini Kos Bersalin Normal, Czer Di Hospital Swasta Lembah Klang


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan