backup og meta

Kekal Sihat tanpa Gim dengan Rakan-rakan Anda

Mendaftar untuk keahlian gim adalah cara yang ideal untuk menyihatkan badan tetapi bukan semua orang berkemampuan atau mempunyai kelapangan masa kerana terlalu sibuk dengan sekolah dan jadual kerja. Oleh itu, menggabungkan sukan dengan hiburan boleh menjadi alternatif yang baik. Semasa bersukan, anda boleh membina persahabatan dan berseronok dengan orang lain. Berikut adalah 5 cara untuk kekal sihat di luar gimnasium.

Kekal Sihat tanpa Gim dengan Rakan-rakan Anda

Kickboxing

Senaman ini dianggap senaman berat kerana merangkumi pelbagai tendangan dan menumbuk. Pada masa kini, semakin ramai orang memilih kickboxing kerana ia berkesan untuk mengurangkan berat badan, di samping boleh memanfaatkannya untuk mempertahankan diri. Mereka yang memilih suka ini boleh membakar sehingga 450 kalori dalam sesi satu jam.

Bola keranjang

Gabungan melompat, berlari dan membaling boleh menjadi senaman badan utama anda. Ia akan menambah ton badan anda, membina kekuatan dan memastikan perkembangang otot. Selain itu, kehilangan berat badan adalah hasil yang paling jelas untuk dilihat. Main bola keranjang  dengan rakan-rakan anda boleh membantu anda membakar sehingga 530 kalori.

Hiking

Hiking memberi manfaat kepada jantung anda kerana ia adalah satu bentuk kardio. Ia juga baik untuk mood anda kerana anda bernafas dalam udara segar, membuang tekanan, dan berasa bebas untuk menikmati pemandangan yang indah. Semua yang anda perlukan adalah air, makanan ringan, sepasang kasut dan rakan-rakan anda. Hiking akan memberi anda kepuasan lebih daripada 2 jam di treadmill.

Kerja sukarelawan

Ajak rakan-rakan anda mendaftar untuk khidmat masyarakat. Kebanyakan projek komuniti adalah tentang membina rumah, membersihkan taman, mengecat dinding di sekitar bandar untuk memastikannya bersih. Amalan ini dapat memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan juga mental anda. Dengan cara ini, anda bukan sahaja menyumbang kepada masyarakat tetapi juga memberikan diri anda peluang untuk benar-benar menghayati dan menghargai hidup anda sekarang. Tambahan pula, ketika melakukan khidmat masyarakat, anda boleh mendapat kawan baru dengan mereka yang berkongsi minat yang sama.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Fun Ways to Get Fit Without a Gym http://www.health.com/health/gallery/0,,20531849,00.html acessed March 26, 2017

25 Ways to Exercise Without Realizing It https://www.nerdfitness.com/blog/25-ways-to-exercise-without-realizing-it/ acessed March 26, 2017

Versi Terbaru

29/11/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Rimas, Tapi Ini Sebab Mengapa Perlu Bersenam Sambil Pakai Topeng Muka!

Mengapa Kita Perlu Bersenam? Ini Kepentingannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan