
Paparan gambar mungkin kurang menyenangkan
Amaran: Paparan berikut mungkin menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah individu.
Najis Berwarna Coklat dan Cair
Berwarna coklat serta cair
Penerangan
Cirit-Birit
Cirit-birit kebiasaannya terjadi apabila bayi anda membuang najis cair sebanyak 2 kali atau lebih. Bayi yang menyusu badan sekurang-kurangnya akan membuang air besar sebanyak 6 kali sehari. Sehingga berusia 2 bulan, mereka mungkin akan membuang air besar setiap kali selepas makan. Namun, jika amaun najis kelihatan semakin banyak dan cair, ia mungkin petanda cirit-birit.
Apa saya perlu buat?
Sekiranya ia berlanjutan sehingga lebih daripada 2 hari, dan bayi anda berusia 3 bulan atau lebih muda, segera berjumpa doktor. Jika ia terlalu kerap terjadi kepada si manja anda, ia mungkin petanda dehidrasi. Jangan beri bayi anda apa-apa ubat cirit-birit, kecuali dengan izin pakar. Sebaiknya, dapatkan rawatan daripada doktor terutamanya jika bayi anda mengalami cirit-birit yang mengandungi darah atau mukus.