
Paparan gambar mungkin kurang menyenangkan
Amaran: Paparan berikut mungkin menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah individu.
Najis Bayi Berwarna Hijau Kecoklatan
Berwarna hijau kecoklatan
Penerangan
Ia mempunyai tekstur yang lebih kurang sama dengan guacamole, najis yang dikeluarkan oleh bayi yang makan makanan pejal kebiasaannya berwarna coklat atau coklat gelap. Teksturnya juga lebih pekat berbanding mentega kacang namun masih lembik. Tambahan itu, baunya juga lebih kuat berbanding najis bayi yang menyusu susu formula.
Apa saya perlu buat?
Tidak perlu risau kerana najis jenis ini adalah normal dan sihat. Kadang kala, najis bayi anda juga boleh dipengaruhi oleh apa yang dia makan. Najis yang berwarna ini selalunya dikaitkan dengan pembuangan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan. Sebagai contoh, warna merah mungkin menunjukkan pembuangan buah naga atau sayur bit, oren mungkin menunjukkan pembuangan lobak, dan biru mungkin menunjukkan pembuangan beri biru.