
Kelesuan haba biasanya disebabkan oleh pendedahan suhu tinggi, dan disertai oleh dehidrasi. Walaupun tidak serius seperti strok haba, tanpa intervensi yang sewajarnya, kelesuan haba boleh berkembang menjadi strok haba yang merosakkan otak dan organ penting lain. Dalam keadaan yang paling teruk, bahkan ia membawa kepada kematian.
Hidup di kawasan bandar dapat meningkatkan risiko kelesuan haba, terutama jika terdapat kualiti udara yang buruk. “Kesan pulau haba” merujuk kepada keadaan asfalt dan konkrit menyerap haba pada siang hari dan hanya secara beransur-ansur membebaskannya pada waktu malam, mengakibatkan suhu malam yang lebih tinggi.
Faktor risiko lain dalam penyakit yang berkaitan dengan haba termasuk:
Terdapat dua jenis kelesuan haba:
Anda mungkin mengalami kelesuan haba jika mengalami simptom ini:
Jika terdapat risiko kelesuan, sumber haba perlu dibebaskan dan berehat dalam persekitaran yang sejuk. Sekiranya tidak boleh, cuba pergi ke tempat sejuk dan terlindung/berteduh yang terdekat.
Kemudian cuba:
Sekiranya langkah-langkah ini gagal berfungsi selepas 15 minit, dapatkan bantuan perubatan kecemasan. Jika tidak, kelesuan haba boleh menjadi strok haba.
Jauhi cuaca panas dan elakkan senaman berat sehingga anda pulih sepenuhnya.
Tinggal di tempat yang sejuk jika terdapat suhu tinggi di luar. Sekiranya anda berada di bawah matahari, ikuti petua ini untuk mengelakkan kelesuan haba:
Jangan ambil kafein atau minuman beralkohol kerana ia boleh membuatkan anda haus dan memburukkan lagi kelesuan. Jika anda mengalami epilepsi atau jantung, buah pinggang, atau penyakit hati, atau mengalami masalah dengan pengekalan cecair, rujuk doktor anda sebelum meningkatkan pengambilan cecair.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Heat exhaustion: Symptoms and treatment. http://www.webmd.com/fitness-exercise/heat-exhaustion#1. Assessed January 18, 2017
Versi Terbaru
25/01/2019
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor