backup og meta

2.1 Bilion Kurang Bekalan Air Bersih di Rumah

3 dari 10 orang di peringkat global, atau 2.1 bilion, kurang akses kepada air bersih di rumah dan 6 dari 10, atau 4.5 bilion, tidak mendapat sistem sanitasi yang selamat menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF).

2.1 Bilion Kurang Bekalan Air Bersih di Rumah

“Air bersih, sanitasi dan kebersihan di rumah tidak harus hanya menjadi keistimewaan mereka yang kaya dan hidup di kawasan bandar. Ini ialah keperluan asas kesihatan manusia dan semua negara bertanggungjawab untuk memastikan semua orang mendapat akses terhadapnya,” kata Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Berbilion manusia telah menerima akses kepada air minuman dan khidmat sanitasi asas sejak tahun 2000, tetapi khidmat ini tidak semestinya menyediakan air bersih dan sanitasi yang selamat.  Banyak rumah, fasiliti kesihatan dan sekolah masih kekurangan sabun dan air untuk membasuh tangan. Keadaan ini meletakkan masyarakat (terutamanya kanak-kanak) kepada risiko penyakit seperti cirit-birit.

Kesannya, 361,000 kanak-kanak bawah 5 tahun meninggal dunia disebabkan cirit-birit setiap tahun. Sanitasi yang lemah dan air yang kotor juga dikaitkan dengan penularan penyakit seperti cholera, hepatitis A, disenteri, dan thyphoid.

“Air bersih, sanitasi yang efektif, dan kebersihan adalah sangat penting untuk kesihatan setiap kanak-kanak dan komuniti yang membantu membina masyarakat yang lebih kuat dan sihat,” kata Ketua Pengarah UNICEF, Anthony Lake. Beliau menambah, “Dengan meningkatkan khidmat ini dalam komuniti dan kanak-kanak yang paling kurang bernasib baik, kita memberikan mereka peluang yang lebih adil untuk masa depan yang lebih cerah.”

Kebersihan mampu mencegah banyak penyakit

Kebersihan ialah langkah paling mudah dan efektif untuk mencegah penularan penyakit. Penyediaan sabun dan air bersih untuk membasuh tangan sahaja boleh mengelakkan penyakit berjangkit yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak seperti cirit-birit, penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD), dan influenza.

Jurang antara bandar dan pedalaman juga adalah membimbangkan di banyak negara terutamanya negara-negara yang mengadapi konflik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

2.1 Billion People Lack Safe Drinking Water at Home – http://www.who.int/news-room/detail/12-07-2017-2-1-billion-people-lack-safe-drinking-water-at-home-more-than-twice-as-many-lack-safe-sanitation

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Baju Jadi Kuning Akibat Terperuk Lama Dalam Almari, Ini 5 Tip Hilangkan Kesan Kekuningan!

4 Cara Lipat Baju Yang Paling Senang Dan Cepat, Tak Sampai 5 Minit Sudah Siap!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan