Tahukah anda, apa itu talasemia? Untuk makluman, thalassaemia menyebabkan pembentukan yang tidak normal pada darah anda. Selain itu, thalassaemia menyebabkan pembentukan yang tidak normal pada: pertumbuhan dan juga tulang.
Tahukah anda, apa itu talasemia? Untuk makluman, thalassaemia menyebabkan pembentukan yang tidak normal pada darah anda. Selain itu, thalassaemia menyebabkan pembentukan yang tidak normal pada: pertumbuhan dan juga tulang.

Ini info lengkap talasemia yang anda perlu tahu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.
Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang diwarisi.
Jika anda menghidap penyakit ini, badan anda mengalami kekurangan sel darah merah dan juga hemoglobin daripada yang sepatutnya.
Hemoglobin sangat penting kerana ia membolehkan sel darah merah anda membawa oksigen ke semua bahagian tubuh.
Disebabkan keadaan ini, individu yang menghidap talasemia juga mungkin mengalami anemia yang menyebabkan mereka berasa letih.
Seseorang yang mengalami talasemia ringan mungkin tidak mempunyai gejala atau hanya bergejala ringan. Mereka mungkin tidak memerlukan rawatan.
Manakala bagi individu yang mengalami talasemia yang teruk, mereka memerlukan rawatan perubatan.
Penyakit talasemia adalah penyakit genetik. Ia berlaku apabila anda mewarisi gen bermutasi daripada ibu bapa yang mengubah haemoglobin darah anda.
Seseorang akan mengalami talasemia sejak daripada lahir.
Jika kedua-dua ibu bapa menghidap talasemia, anak yang dilahirkan itu juga mungkin akan mendapatnya.
Talasemia lebih biasa berlaku dalam kalangan orang-orang Asia, Afrika, Timur Tengah dan negara Mediterranean seperti Greece atau Turki.
Talasemia sebenarnya bukanlah satu jenis penyakit darah sahaja, tetapi ia adalah sekumpulan gangguan darah.
Untuk menghasilkan hemoglobin, tubuh badan memerlukan dua jenis protein iaitu alfa dan beta.
Jika salah satu daripada dua jenis protein ini tidak mencukupi, sel darah merah anda tidak dapat membawa oksigen seperti yang sepatutnya.
Untuk jenis talasemia alfa, ia bermakna tubuh badan anda tidak menghasilkan rantaian protein hemoglobin alfa yang mencukupi untuk membuat hemoglobin.
Begitu juga dengan talasemia beta, tubuh badan anda tidak menghasilkan rantaian protein hemoglobin beta yang cukup untuk pembentukan hemoglobin.
Thalassaemia menyebabkan pembentukan yang tidak normal pada:
Bagi sesetengah individu, thalassaemia menyebabkan pembentukan yang tidak normal pada: sejak lahir.
Manakala untuk individu yang lain, ia mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun sebelum sebarang simptom mula muncul.
Malah, ada juga penghidap penyakit talasemia yang tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom.

Jika anda rasa anda mungkin menghidap talasemia, atau jika ibu bapa anda menghidapnya, anda perlu berjumpa doktor.
Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut dan akan bertanya beberapa soalan kepada anda.
Jika doktor mengesyaki anda menghidap talasemia, anda perlu mengambil ujian darah.
Ujian darah yang perlu dilakukan ialah ujian CBC (jumlah darah lengkap) dan ujian elektroforesis hemoglobin.
Kanak-kanak dengan talasemia tahap sederhana hingga teruk biasanya mempunyai tanda ketika berumur 2 tahun.

Bagi kes talasemia ringan, anda mungkin hanya berasa letih dan tidak memerlukan rawatan.
Tetapi jika ia lebih serius, organ anda mungkin tidak mendapat oksigen yang diperlukan dan memerlukan rawatan lanjut.
Antara kaedah rawatan yang diperlukan ialah:
Sesetengah individu yang mempunyai talasemia sederhana hingga teruk mempunyai masalah kesihatan yang lain. Ini termasuklah:
Namun, komplikasi seperti ini tidak berlaku kepada semua individu yang mempunyai talasemia.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Thalassaemia. https://www.nhs.uk/conditions/thalassaemia/symptoms/. Accessed on July 22, 2022.
Thalassemia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/thalassemia/symptoms-causes/syc-20354995. Accessed on July 22, 2022.
Thalassemia. https://medlineplus.gov/ency/article/000587.htm. Accessed on July 22, 2022.
What is Thalassemia?. https://www.cdc.gov/ncbddd/thalassemia/facts.html. Accessed on July 22, 2022.
Thalassemias. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14508-thalassemias. Accessed on July 22, 2022.
Versi Terbaru
25/07/2022
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor