Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Gangguan Darah, sila dapatkannya di sini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Gangguan Darah, sila dapatkannya di sini.

Bergantung kepada tahap serius yang dialami pesakit, di mana sakit talasemia mula menunjukkan simptom pada waktu yang berbeza. Namun, kebanyakan pesakit yang membawa gen talasemia α atau β tidak menunjukkan sebarang tanda.
Tanda-tanda anemia hemolitik (contoh: kulit pucat, hepatosplenomegali) sejak lahir (dalam talasemia α) atau beberapa bulan selepas lahir (dalam talasemia β) menunjukkan bahawa ini merupakan sejenis penyakit yang serius, terutamanya jika terdapat sel darah merah kecil yang berkurang.

Ini merupakan salah satu punca utama kematian bagi pesakit yang mempunyai talasemia.
Apabila sel darah merah yang mengandungi hemoglobin abnormal pesakit telah musnah atau sel darah merah yang ditranfusi menjadi semakin tua, sejumlah besar zat besi akan dikeluarkan dan perlahan-lahan terkumpul di dalam organ seperti hati atau jantung, yang mana menyebabkan fibrosis dan kegagalan organ.
Gangguan endokrin sekunder di dalam pesakit yang menjalani banyak transfusi darah, menunjukkan:
Risiko ini tinggi terutamanya pada pesakit yang limfanya telah dibuang. Hal ini disebabkan oleh kepentingan limfa dalam imungenesis.
Bagi pesakit yang mengalami talasemia teruk, sel darah merah telah musnah, menyebabkan pertambahan eritrosit di dalam sumsum tulang untuk menggantikan semula sel yang musnah ini.
Fungsi sumsum tulang yang berlebihan menyebabkan tulang menjadi cacat dan bertukar rapuh serta mudah pecah.
Tulang pipih seperti tengkorak muka akan menjadi sangat herot. Kanak-kanak yang mengalami talasemia teruk mempunyai dahi, hujung hidung dan tulang rahang yang membuatkan wajah tersembul.
Terdapat fungsi fisiologikal penting bagi limfa yang mana tersenarai di bawah:
Bagi talasemia, limfa perlu berfungsi secara berlebihan bagi memusnahkan sel darah merah abnormal yang telah menjadi besar dan disfungsi.
Limfa menyebabkan anemia menjadi bertambah teruk kerana mengurangkan jangka hayat sel darah merah yang diterima melalui transfusi darah.
Oleh itu, hal ini membuatkan risiko jangkitan meningkat. Bagi kes spenomegali, pesakit perlu melakukan splenektomi (pembedahan membuang limfa)
Komplikasi kardik adalah salah satu daripada punca utama kematian bagi pesakit yang mempunyai keadaan teruk. Ini disebabkan oleh zat besi yang berlebihan melekat di dalam otot jantung yang mana mengakibatkan kegagalan jantung kongestif dan aritmia.

Rawatan bergantung kepada jenis talasemia dan keseriusan penyakit ini.
Tanda dan simptom biasanya sedikit sahaja serta tidak perlu dirawat. Kadangkala transfusi darah khusus diperlukan selepas pembedahan, selepas bersalin atau apabila terdapat jangkitan.
Bagi situasi yang berbahaya, transfusi darah diperlukan sekurang-kurangnya 8 kali setahun. Selepas lebih kurang 10 hingga 20 transfusi darah yang telah dilakukan, badan akan mengandungi lebihan jumlah zat besi yang boleh merosakkan jantung, hati dan organ lain.
Bagi mengelakkan zat besi berlebihan, terapi pengkelatan zat besi, ubat melalui intravena, subkuteneus atau oral perlu digunakan.
Beberapa kes yang teruk mungkin memerlukan pemindahan sel dasar, tetapi kaedah ini memerlukan pemindahan sel dasar yang bersesuaian, di mana sangat rumit dan berisiko.
Perubahan gaya hidup atau kaedah rawatan sampingan yang disarankan untuk dijadikan sebagai rutin harian bagi pesakit talasemia ialah:
Jika anda mempunyai simptom-simptom jangkitan, anda perlu berjumpa doktor untuk dirawat dengan segera
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Borgna-Pignatti C, Gamberini MR., Complications of thalassemia major and their treatment.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21668399. Accessed on May 29, 2017.
Centers for Disease Control and Prevention, Thalassemia Complications and Treatment. https://www.cdc.gov/ncbddd/thalassemia/treatment.html. Accessed on May 29, 2017.
Versi Terbaru
27/01/2021
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Nurul Halifah
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel