Untuk melawan virus denggi, anda perlu meningkatkan kuasa imuniti. Ini boleh dilakukan dengan memakan makanan yang kaya dengan vitamin dan nutrien. Berikut makanan terbaik untuk dimakan supaya cepat sembuh daripada denggi.
Untuk melawan virus denggi, anda perlu meningkatkan kuasa imuniti. Ini boleh dilakukan dengan memakan makanan yang kaya dengan vitamin dan nutrien. Berikut makanan terbaik untuk dimakan supaya cepat sembuh daripada denggi.


Oren dianggap sebagai salah satu buah terbaik untuk pesakit yang menderita demam denggi. Ini kerana secara semula jadi ia kaya dengan vitamin C, dapat membantu dalam pemulihan antibodi anda. Anda boleh memilih limau manis, lemon dan oren dalam jus yang diproses dengan baik.

Makanan lembut disyorkan untuk pesakit denggi kerana ini mudah dicerna. Bubur adalah pilihan yang baik kerana ia boleh ditelan dan dicerna dengan mudah serta mengandungi banyak cecair. Nilai serat dan nutrien tinggi yang terdapat dalam bubur akan membantu anda dalam melawan penyakit ini.

Denggi sering menyebabkan dehidrasi dan air kelapa adalah salah satu cara terbaik mengawal tahap bendalir dalam badan anda. Sebagai sumber semula jadi air, mineral penting dan elektrolit, air kelapa merupakan tambahan penting untuk dimasukkan ke dalam diet pesakit denggi.

Lobak, timun dan sayur-sayuran berdaun adalah baik untuk merawat simptom denggi dan mengandungi banyak vitamin dan mineral penting yang boleh membantu meningkatkan imuniti pesakit denggi.
Selain itu, jus buah yang terdiri daripada buah-buahan seperti oren, jambu, kiwi, strawberi dan nanas meningkatkan pengeluaran limfosit yang melawan jangkitan virus. Jadi, ini adalah suplemen yang mesti dimakan dalam diet pesakit denggi.

Sup adalah cara terbaik untuk melawan simptom penyakit ini kerana ia kurang rempah dan baik untuk penghadaman dan pergerakan usus. Pesakit denggi harus mengelakkan makanan berminyak atau pedas khususnya.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
What Is The Diet Recommended For Dengue Patients? http://www.goodknight.in/what-is-the-diet-recommended-for-dengue-patients/ Accessed June 4, 2018.
Versi Terbaru
15/11/2019
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor