Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Tidak dinafikan bahawa jangkitan virus boleh menyebabkan komplikasi kepada organ dalaman manusia walaupun ia tidak selalu berlaku. Wabak virus novel korona (COVID-19) yang melanda sejak Disember 2019 telah membunuh lebih daripada 2,000 individu.
Kebanyakan kes kematian tersebut berpunca daripada kegagalan organ. Oleh sebab itulah peningkatan kepada jumlah kes positif agak membimbangkan. Berikut adalah statistik semasa kes positif COVID-19 di Malaysia.
[covid_19]
Artikel ini akan membincangkan kesan jangkitan virus novel korona (COVID-19) terhadap organ di dalam tubuh badan manusia.
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Sasaran utama jangkitan virus novel korona

Pembaca tentu dapat meneka organ mana yang menjadi sasaran utama virus ini, kan? Paru-paru merupakan organ tersebut. Oleh sebab itulah mereka yang dijangkiti mengalami masalah kesukaran bernafas.
Virus ini tersebar melalui titisan yang keluar sewaktu individu yang berjangkit bersin atau batuk. Mereka yang terjangkit boleh mengalami demam dan batuk. Jika serius, ia boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti jangkitan paru-paru. Untuk memahaminya dengan lebih mudah, sila tonton video di bawah ini.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/
Maklumat berkenaan dengan paten jangkitan virus novel korona diadaptasi berdasarkan maklumat kajian yang pernah dijalankan ke atas virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV) pada tahun 2003.
Virus ini berupaya untuk menyerang paru-paru melalui 3 proses: Replikasi virus, proses tindak balas berlebihan daripada sistem pertahanan badan dan kemusnahan sel paru-paru.
Walau bagaimanapun, bergantung kepada tahap kekuatan sistem pertahanan badan anda, bukan semua individu akan melalui ketiga-tiga proses ini.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), komplikasi kegagalan paru-paru hanya berlaku pada 25% pesakit yang didiagnosis dengan jangkitan SARS.
Jika dilihat dalam konteks virus novel korona pula, 82% kes positif yang didiagnosis melibatkan simptom ringan. Namun coraknya hampir sama dengan virus SARS-CoV. Di bawah ini adalah antara simptom-simptom yang boleh anda alami jika dijangkiti virus ini.
Replikasi virus novel korona
Apabila virus korona menjangkiti paru-paru, ia akan mempengaruhi dua sel utama, sel yang menghasilkan mukus (lendiran) dan sel rambut yang dikenali sebagai silia. Menurut Matthew Frieman, Profesor Perubatan dari Universiti Maryland, virus korona ‘gemar’ membunuh sel silia.
Ini berikutan sel tersebut bertanggungjawab menolak keluar cecair lendiran (mukus) yang memerangkap habuk dan virus. Jika sel silia mati, lendiran tersebut akan berkumpul menyebabkan simptom kesukaran bernafas.
Pada masa yang sama, virus tersebut akan terus bertambah melalui proses replikasi.
Tindak balas berlebihan sistem pertahanan badan
Apabila berlakunya proses fisiologi dalam fasa pertama, sistem pertahanan badan akan menghantar sel imun untuk membunuh virus dan memberikan ruang kepada sel paru-paru agar pulih semula.
Artikel berkaitan:
- Berita Baik, Ujian Pertama Vaksin COVID-19 Pada Manusia Sudah Bermula!
- Berita Baik, Nantikan April 2020, Vaksin Virus Korona Bakal Diuji!
Tindakan sistem imun kebiasaannya akan tertumpu pada kawasan yang mempunyai virus sahaja. Namun, kadangkala, sistem tersebut boleh bertindak secara berlebihan. Ini bermakna ia akan membunuh segala sel yang ada termasuklah sel sihat menyebabkan lebih banyak kerosakan pada struktur paru-paru anda.
Kemusnahan paru-paru
Apabila jumlah sel paru-paru yang musnah meningkat, pesakit akan mengalami kegagalan fungsi pernafasan. Mereka akan menghadapi kecederaan kekal pada organ tersebut dan risiko untuk mati tinggi jika sampai kepada tahap ini.
Menurut WHO, paru-paru individu yang dijangkiti oleh virus novel korona akan kelihatan seperti sarang lebah (honeycomb). Ia sama seperti mereka yang pernah dijangkiti SARS dan mengalami kegagalan fungsi paru-paru.
Virus novel korona turut menjangkiti sistem gastrousus

Jangan anggap virus novel korona hanya menjangkiti paru-paru. Virus dalam keluarga coronaviridae memang terkenal dengan kebolehan mereka untuk menyebabkan simptom gastrousus seperti cirit-birit.
Sepanjang wabak virus novel korona ini sedang berlangsung, segelintir daripada mereka yang disahkan positif mengalami simptom gastrousus sebelum simptom kesukaran bernafas.
Mesti anda hairan kan? Kenapa virus yang menyebabkan masalah pernafasan mengganggu sistem gastrousus? Bukankah kedua-duanya merupakan sistem yang berbeza?
Apabila virus masuk ke dalam tubuh individu, ia akan mencari reseptor pada permukaan sel yang sesuai sebelum boleh menyebabkan jangkitan. Reseptor ini ibarat lubang kunci. Tanpa kunci yang sesuai, sel tidak akan membuka laluan kepada virus untuk masuk ke dalam.
Artikel berkaitan:
























