Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Dunia masih lagi sedang menanti vaksin corona bagi membendung penularan jangkitan virus korona baharu (COVID-19).
Tidak lama lagi kita bakal menyaksikan jumlah peningkatan jangkitan global mencecah 8 juta.
Walaupun situasi di Malaysia semakin bertambah baik, ia tidak bermakna kita sudah menang dalam perlawanan menentang wabak tersebut.
[covid_19]
Masih banyak perkara perlu diubah dan kita perlu menyesuaikan diri untuk hidup dalam situasi norma baharu.
Pergerakan keluar masuk di pintu antarabangsa dikawal ketat dan perkara ini sudah tentunya boleh mempengaruhi corak turun naik ekonomi negara.
Terdahulu, Universiti Oxford telah mengambil risiko menghasilkan produk vaksin baharu “ChAdOx 1 nCoV-19″ berskala besar walaupun masih lagi dalam proses pemantauan.
Kini, Amerika Syarikat (US) turut mengambil langkah yang sama.
Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.
Vaksin corona yang dihasilkan belum terjamin berkesan

Menurut Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (NIAID), Dr Anthony Fauci, US telah menempah beratus juta dos vaksin yang kini berada di peringkat ujian fasa akhir.
Perkara ini dibuat setelah mereka mengambil kira risiko vaksin yang dihasilkan tidak berkesan dan mereka bakal mengalami kerugian berbilion USD Amerika.
Menurutnya lagi, usaha tersebut dibuat bagi memastikan pada hujung tahun ini, mereka mempunyai bekalan vaksin “berkesan” dalam jumlah 100 juta dos.
Jumlah tersebut akan terus meningkat kepada beberapa ratus juta dos pada awal tahun 2021.
Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan langkah ini diambil.
Oleh sebab penghasilan vaksin merupakan satu usaha global yang sangat kompetitif, perlumbaan tersebut menggalakkan penghasilan dan ujian klinikal yang lebih efektif dan cepat bagi memenuhi permintaan semasa.
Jika vaksin tersebut terbukti berkesan, ia boleh digunakan serta merta kepada mereka yang memerlukannya.
Namun, jika ia tidak berkesan, kerajaan US berisiko menggadaikan berbilion USD hasil daripada sumber pendapatan negara.
Sedar akan peningkatan permintaan vaksin, syarikat penghasil vaksin AstraZeneca turut mengambil langkah yang sama.
Mereka mensasarkan sejumlah 2 bilion unit vaksin untuk diedarkan di serata dunia bermula September tahun ini.
Anda mungkin berminat:
- Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19
- Perlumbaan Hasilkan Vaksin COVID-19, Saingan Sengit Beri Manfaat Pada Pengguna
Walau bagaimanapun, garis masa tersebut mungkin berubah memandangkan ujian klinikal mereka cuma bermula pada Ogos tahun ini.
Tindakan yang diambil ini menunjukkan mereka terdesak memandangkan jumlah jangkitan di Amerika sudah berada di tahap kritikal.
Malah jumlah kes jangkitan baharu di US kekal berada pada 5 angka setiap hari. Mereka berada di kedudukan teratas dengan 26% daripada jumlah jangkitan global.
Nampak gopoh namun keputusan bagi menghasilkan vaksin corona masih dilakukan dengan teliti

Walaupun tindakan menempah beratus juta vaksin yang tidak terbukti keberkesanannya nampak tidak masuk akal, namun potensi vaksin tersebut telah diselidiki oleh pakar statistik.
Mereka memantau data ujian klinikal dan membuat jangkaan berkaitan dengan potensi keberkesanan vaksin sebelum ia dihasilkan lebih awal.
Jika data menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk berkesan, penghasilannya akan diteruskan.
Walau bagaimanapun, data yang dianalisis oleh pakar statistik tidak boleh dijadikan panduan utama bahawa ia akan berkesan.
Ujian fasa akhir masih perlu dilakukan bagi membolehkan saintis melihat kepada data dengan lebih objektif berkenaan dengan profil keselamatan dan keberkesanan vaksin.
Jika sesuatu vaksin itu tidak berkesan, ia tidak akan boleh diberikan kepada orang awam.
Baca juga:






















