Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Siapa sangka, buat pertama kalinya wujud pula kluster jangkitan baharu COVID-19 daripada penerbangan domestik.
Jika sebelum ini, kluster-kluster jangkitan lebih tertumpu kepada kluster tabligh, perhimpunan agama, dan juga pasar, kini muncul pula kluster penerbangan.
Artikel berkaitan:
Terbaharu, 6 individu telah disahkan positif jangkitan COVID-19 dan mereka ini adalah antara penumpang pesawat AirAsia Kuala Lumpur-Tawau.
Sementara itu, jumlah semasa kes jangkitan COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah:
[covid_19]
Seramai 396 orang penumpang AirAsia yang menaiki penerbangan AK5742 dan AK5740 digesa menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua dengan segera.
Ini untuk mengelakkan sebarang penularan dan kewujudan kluster baharu jangkitan yang seterusnya akan menjadikan keadaan lebih meruncing.
Gesaan ini diumumkan memandangkan 6 individu daripada kedua-dua penerbangan tersebut telah disahkan positif jangkitan virus COVID-19. Ini termasuklah seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 2 tahun.
Berikut adalah butiran berkenaan kedua-dua penerbangan AK5742 dan AK5740:
Penumpang AirAsia AK5742 (Kuala Lumpur-Tawau)
Penumpang AirAsia AK5740 (Kuala Lumpur-Tawau)

Bagi penerbangan penumpang AirAsia AK5742, seramai 8 orang daripada keseluruhan penumpang adalah pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang pulang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah.
Manakala bagi penerbangan pesawat penumpang AirAsia AK5740, seramai 64 orang adalah pelajar IPT daripada keseluruhan 246 orang penumpang.
Pelajar-pelajar IPT ini adalah antara mereka yang terlibat dalam Ops Hantar Pulang pelajar ke kampung halaman masing-masing baru-baru ini.
Baca juga:
COVID-19: Usah Biar Kes Tabligh Berulang, Penumpang ETS 9173 Sila Hadir Ke Hospital!
Sehingga tengah hari Rabu, 13 Mei 2020, dilaporkan hanya 31 orang awam dan 8 pelajar IPT sahaja yang telah hadir untuk menjalani ujian saringan COVID-19 untuk kali kedua.
Jika anda adalah salah seorang daripada penumpang AirAsia penerbangan AK5742 dan AK5740, sila tampil untuk jalani ujian saringan kali kedua.
Selain itu, golongan berikut juga merupakan antara kelompok yang sepatutnya hadir jalani ujian COVID-19.
Jika anda ada mengenali mana-mana ahli keluarga, rakan dan jiran terdekat yang baru pulang dari Kuala Lumpur pada 1 dan 4 Mei, sila bertanya sekiranya mereka merupakan penumpang AirAsia AK5742 dan AK5740.
Jika ya, nasihati mereka untuk segera pergi melakukan ujian saringan sekali lagi. Adalah menjadi tanggungjawab anda dan kita bersama untuk saling mengingatkan antara satu sama lain di saat wabak ini melanda.
Ia adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memerangi wabak COVID-19 daripada terus menular. Bersama kita hentikan kemunculan kluster baharu jangkitan.
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/396-penumpang-airasia-kl-tawau-diminta-tampil-segera-6-sudah-dijangkiti-covid-19-242848
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1841113
Versi Terbaru
26/05/2020
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin