Namun begitu, melihat angka jangkitan yang makin meningkat, kerajaan menggalakkan mereka yang mengalami simptom untuk hadir ke klinik bagi pemeriksaan lanjut.
[covid_19]
Takut diminta “kuarantinkan diri sendiri’ menyebabkan langkah disuruh kerajaan tak mendapat sambutan.
Ini bukan sahaja boleh mendatangkan kemudaratan pada individu terbabit, malah ahli keluarga atau sahabat handai yang tinggal serumah.
Bagi mengelakkan perkara ini, KKM melancarkan khidmat pemeriksaan COVID 19 di rumah.
Pemeriksaan COVID 19 di rumah: Privasi terjaga dan tiada stigma daripada orang ramai
Melihat keperluan untuk memberi privasi dan mengelak stigma, KKM telah bekerjasama dengan 11 syarikat swasta bagi merealisasikan perkhidmatan pemeriksaan COVID 19 di rumah ini.
Antara syarikat yang terlibat adalah:
Bookdoc
DoctorOnCall
Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
Qualitas Medical Group Sdn Bhd
Gleneagles Kuala Lumpur
Twin Tower Medical Centre KLCC
Pantai Hospital Kuala Lumpur
Pantai Hospital Cheras
Pantai Hospital Klang
Pantai Hospital Ayer Keroh
Baca juga:
Sebelum ini, pemeriksaan virus corona dilakukan bagi pesakit yang disyaki menghidap jangkitan virus korona baharu.
Walau bagaimanapun, terdapat di antara mereka yang bimbang walaupun tidak memenuhi kriteria bagi pesakit yang disyaki dijangkiti wabak.
Bagi membolehkan akses pemeriksaan virus corona diadakan dengan lebih meluas, langkah ini telah dilaksanakan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pemeriksaan tersebut akan dilakukan oleh ahli paramedik perubatan terlatih.
Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal swasta untuk dianalisis.
Pemeriksaan COVID 19 di rumah juga satu projek baharu Bill Gates!
Gambar oleh WIkipedia (CC BY-SA 3.0)
Malaysia bukan satu-satunya negara yang menyedari kepentingan mewujudkan sistem pemeriksaan virus corona di rumah.
Di Seattle, Amerika Syarikat, mereka yang mahu membuat pemeriksaan boleh menggunakan alat ujian yang bakal dicipta melalui projek ditaja Yayasan Gates.
Jika mereka bergerak dari rumah ke hospital, mereka berisiko menyebarkan virus tersebut pada orang awam atau pekerja kesihatan.
Baca juga:
12 Hospital & 6 Makmal Kesihatan Malaysia SEDIA Untuk Ujian Pengesanan COVID-19, Penting Ini!
Individu Dengan Virus Corona Boleh Sebarkannya Walaupun Masih Tiada Simptom!
Jadi, bagaimanakah cara membantu mereka dengan simptom ringan untuk tahu diagnosis mereka?
Jawapannya adalah pemeriksaan di rumah melalui kit yang bakal dicipta oleh Yayasan Gates atau pemeriksaan oleh ahli paramedik seperti apa yang dilakukan oleh KKM!
Mereka yang mahu buat pemeriksaan akan ditanya soalan tentang simptom yang dialami.
Jika mereka disyaki mempunyai jangkitan, kit ujian akan dihantar dalam masa 2 jam.
Pesakit akan melakukan sendiri prosedur pengambilan sampel pada hidung mereka dan ia akan dihantar ke makmal di Universiti Washington untuk tujuan analisis.
Bila saya perlu hadir ke hospital untuk pemeriksaan COVID 19?
Oleh sebab projek yang dijalankan KKM ini masih di fasa awal, kita boleh jangkakan kawasan liputannya tidaklah meluas mana.
Ini bermakna mereka yang tinggal di kawasan pedalaman perlu menghadirkan diri ke hospital untuk tujuan pemeriksaan.
Namun begitu, bilakah masa yang sesuai untuk anda berbuat demikian?
Tapi, jika anda di kalangan yang berisiko tinggi seperti orang tua, ibu mengandung atau mempunyai satu atau lebih penyakit kronik, anda perlu hadir ke hospital untuk pemantauan.
Jika pemeriksaan COVID 19 dibuat di rumah sekalipun, sekiranya positif, anda masih perlu dipantau di fasiliti kesihatan.
Ini berikutan terdapat risiko kematian yang tinggi dalam kalangan mereka yang tergolong dalam kumpulan yang dinyatakan.
Namun begitu, jika anda tidak mempunyai risiko tersebut dan masih mahu pergi ke klinik atau hospital, tiada masalah. Anda hanya perlu mengambil langkah pencegahan seperti:
Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Test for Covid-19 from your home. (https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/573213/test-covid-19-your-home). Diakses pada 11 Mac 2020.
The Bill and Melinda Gates Foundation is exploring at-home COVID-19 tests in Seattle. (https://www.theverge.com/2020/3/9/21171308/coronavirus-gates-foundation-home-testing-seattle-covid19-flu). Diakses pada 11 Mac 2020.
Seattle may soon have a Bill Gates-funded at-home coronavirus test. (https://www.fastcompany.com/90474552/seattle-may-soon-have-a-bill-gates-funded-at-home-coronavirus-test). Diakses pada 11 Mac 2020.
Coronavirus disease (COVID-19) advice for the public. (https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public). Diakses pada 11 Mac 2020.