Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Jutaan klik telah dibuat di pasar raya online untuk pembelian hand sanitizer semenjak dunia dilanda dengan wabak virus korona baharu (COVID-19).
Ada juga individu yang membuat pembersih tangan antiseptik sendiri berikutan kosnya yang kian meningkat.
Permintaan tinggi ditambah pula dengan ancaman virus pandemik telah mewujudkan satu bentuk desakan umum.
Kesannya, ramai yang tidak kisah untuk membelanjakan sejumlah wang untuk pembelian pembersih tangan antiseptik online tanpa melihat kepada faktor keberkesanan produk.
Di Malaysia, catatan terkini berkenaan kes COVID-19 adalah seperti berikut:
[covid_19]
Persoalannya, adakah semua jenis sanitizer yang dijual selamat untuk digunakan dan berkesan?
Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.
Parameter standard bagi pembuatan hand sanitizer

Jumlah pengeluar produk hand sanitizer meningkat hari demi hari berikutan permintaannya yang sentiasa ada.
Kebanyakan perkhidmatan menggalakkan pengguna untuk memakai topeng muka dan menggunakan pembersih tangan sekerap mungkin.
Bahkan, setiap pintu masuk premis perniagaan sudah dilengkapi dengan kaunter pendaftaran pelanggan berserta keperluan asas untuk hindar jangkitan seperti hand sanitizer.
Melihat kepada keperluan tersebut, produk sanitizer yang dihasilkan terutamanya dari luar negara dipantau oleh badan kesihatan berdaftar bagi mengesahkan profil keselamatan dan keberkesanannya.
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, lebih daripada 1,500 pengeluar hand sanitizer telah berdaftar dengan Food and Drug Administration (FDA).
Oleh sebab jumlah pengeluar baharu meningkat, pemantauan terhadap produk yang akan dipasarkan penting untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.
Selain daripada kriteria seperti kepekatan alkohol dan sebagainya, pengusaha perlu memastikan sanitizer yang dihasilkan tidak mempunyai bau-bauan yang boleh membangkitkan “selera” pengguna.
Perkara ini penting bagi pengguna kanak-kanak yang berisiko untuk makan pembersih tangan antiseptik yang dihasilkan.
Jika produk yang dijual tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa, ia berisiko untuk mengakibatkan kesan buruk kepada pengguna.
Penghasilan pembersih tangan antiseptik perlu melihat kepada beberapa faktor

Dalam keadaan kecemasan global, FDA telah membenarkan syarikat tidak berlesen untuk menjual pembersih tangan dengan syarat ia mesti berdaftar.
Produk yang diluluskan untuk tujuan pemasaran akan tersenarai dalam laman web FDA untuk kegunaan orang awam.
Walaupun secara amnya kita faham bahawa kepekatan alkohol di dalam pembersih tangan ini perlu sekurang-kurangnya 60%, tapi pembuatannya perlu melibatkan kepekatan alkohol yang jauh lebih tinggi.
Campuran bahan asas hand sanitizer akan menyebabkan kepekatan tersebut menurun.
Anda mungkin berminat:























