Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyuarakan kebimbangannya berkenaan dengan mereka yang pulang dari luar negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.
Ramai pekerja Malaysia dan pelajar yang masih menetap di luar negara seperti Singapura bertekad untuk pulang ke tanah air.
Ini berikutan mereka tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan tetap sepanjang tempat kerja mereka ditutup.
Di Malaysia, angka kes positif virus korona baharu kini berada pada:
[covid_19]
Kos hidup yang tinggi dicampur pula dengan tempoh panjang tinggal berjauhan dengan keluarga membuatkan beberapa pekerja membuat keputusan untuk berjalan kaki merentas tambak Johor.
Pekerja sektor selain perkhidmatan penting perlu mengambil cuti sekurang-kurangnya sebulan tanpa bayaran gaji.
Perlu ke kuarantinkan pekerja Malaysia yang pulang dari Singapura?

Melalui persetujuan KKM dengan Kementerian Kesihatan Singapura, pekerja Malaysia yang ingin pulang ke tanah air perlu menjalani ujian di Singapura.
Ini bermakna, sekiranya mereka mendapat keputusan negatif, kerajaan Malaysia akan menerima keputusan tersebut dan mengecualikan mereka daripada perintah kuarantin 14 hari.
Namun, adakah wajar keputusan dibuat sedemikian? Bagaimana pula dengan tempoh pengeraman virus korona baharu?
Bagaimana jika pekerja tersebut baru sahaja dijangkiti dan ujian COVID-19 tidak dapat mengesan virus tersebut di dalam darah?
Artikel berkaitan:
- Tiada Simptom Tak Bermakna Anda Bebas Covid-19, Hati-hati Dengan Penyebar Virus Dalam Diam!
- Individu Dengan Virus Corona Boleh Sebarkannya Walaupun Masih Tiada Simptom!
Sudah semestinya kerajaan membuat keputusan ini melihat kepada faktor-faktor kritikal bagi menghalang penularan virus.
Namun, pemeriksaan dokumen berkaitan di kastam Singapura perlu dilakukan dengan lebih ketat.
Mungkin sebahagian besar pekerja Malaysia yang melalui kastam telah disahkan negatif namun, jika terdapat individu yang tidak membuat pemeriksaan, ia boleh mendatangkan padah.
Menurut Dr Noor Hisham, jumlah rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara termasuk Singapura semenjak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan adalah pada kadar 4,000 individu sehari.
Jika mereka tidak disaring dengan sebaiknya, kita bakal menyaksikan peningkatan pesat pada jumlah kes positif.
Pekerja Malaysia jalan kaki 1.5 km untuk pulang ke kampung halaman

Ia bukanlah satu perkara yang sukar. Berikutan perintah kawalan pergerakan, tiada perkhidmatan kenderaan awam yang dibenarkan beroperasi.
Pekerja yang mempunyai kereta juga tidak boleh ditemani oleh penumpang melainkan ketika kecemasan.
Individu yang ingin pulang ke tanah air perlu mendapatkan persetujuan daripada majikan dan dokumen kesihatan yang diluluskan.
Mereka yang didapati positif tidak akan dibenarkan pulang dan perlu diisolasikan.
Artikel berkaitan:























