Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Ramai pihak yang terkesan angkara COVID-19, apatah lagi pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Malahan, ramai juga yang hilang punca pendapatan. PKP juga memberikan impak yang amat besar terhadap golongan berpendapatan rendah atau lebih dikenali sebagai golongan B40.
Untuk mengetahui berkenaan virus COVID-19 dengan lebih lanjut, ikuti penerangannya melalui video di bawah ini.
Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?
Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus
由 Hello Doktor 发布于 2020年2月15日周六
Bagi golongan B40 yang biasanya bergantung kepada punca pendapatan secara harian, mereka mungkin putus bekalan makanan memandangkan tidak menerima gaji sepanjang fasa PKP berlangsung.
Oleh itu, beberapa usaha digerakkan oleh organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara bagi membantu golongan B40 ini.
Antaranya dengan menyumbangkan pek makanan secara terus kepada keluarga-keluarga yang dikenal pasti.
Pada saat wabak COVID-19 menular dan jarak sosial diamalkan, apa kata jika kita memulakan inisiatif yang lebih inovatif dalam menyampaikan bantuan seperti yang dilakukan di Vietnam. Apakah ia?
Statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia seperti berikut:
[covid_19]
Mesin ATM beras untuk golongan B40
Baru-baru ini, seorang usahawan dari Vietnam, Hoang Tuan Anh, telah mencipta satu mesin ATM beras yang boleh beroperasi selama 24 jam.
Tujuannya hanyalah satu- menyediakan beras kepada golongan yang terjejas akibat ketiadaan wang untuk membeli sumber makanan sepanjang lockdown berlangsung di negara itu.
Mesin tersebut akan memberikan sebanyak 1.5 kilogram beras kepada setiap penerimanya.
Selain di Ho Chi Minh City, mesin ATM beras juga telah dipasang di beberapa bandar besar yang lain seperti Hanoi, Hue dan juga Danang.
Sementara itu, untuk memahami siapakah golongan yang berisiko dijangkiti COVID-19, sila lihat kepada infografik di bawah ini.
Pada ketika ini, negara Vietnam sedang menjalankan fasa lockdown yang bermula sejak 31 Mac yang lalu.
Namun, sejak mesin ATM beras ini muncul, ia telah mampu mengukirkan senyuman kepada keluarga-keluarga yang terjejas akibat ketiadaan punca pendapatan semasa lockdown ini dilaksanakan.
Mesin ATM beras di masjid
Inovasi seperti ini bukan hanya wujud di Vietnam, tetapi juga di beberapa negara jiran lain seperti Indonesia.
Terbaharu, sebuah masjid yang terletak di Kabupaten Tabalong, Indonesia turut menyediakan mesin yang sama bagi golongan yang susah untuk mendapatkan bekalan beras.
Masjid Al Mukhlisin yang terletak di Kelurahan Mabuun, Kabupaten Tabalong ini telah bekerjasama dengan sebuah syarikat, PT Pamapersada Nusantara untuk menyiapkan mesin ATM beras.
Usaha ini dilakukan sejurus selepas wabak COVID-19 melanda negara tersebut dan lockdown mengambil tempat.
Artikel berkaitan:

























