Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Penularan wabak korona virus (COVID-19) semakin menjadi-jadi. Gelombang kedua telah memperlihatkan peningkatan jumlah kes secara mendadak daripada 22 pesakit hingga melebihi angka 500.
Jika dilihat pada graf jumlah kes baru yang didiagnosis, ia membentuk satu lengkungan pertumbuhan eksponen (exponential growth) yang merupakan tanda peningkatan pesat.
Ini bermakna, tanpa tindakan susulan, jumlah kes berpotensi untuk meningkat sebanyak dua hingga tiga kali ganda setiap hari.
Melihat kepada tanda amaran tersebut, pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan langkah kawalan pergerakan (movement control order) bagi membendung jangkitan korona virus di Malaysia .
[covid_19]
Oleh sebab jangkitan pandemik jarang berlaku, arahan ini juga jarang dikeluarkan. Perkara ini menyebabkan ramai netizen yang keliru berkenaan dengan kawalan pergerakan.
Apa maksudnya? Adakah ia sama dengan perintah berkurung (curfew) atau lockdown?
Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.
Kurang penjelasan berkenaan dengan arahan yang dikeluarkan

Setakat ini, pihak atasan hanya mengisukan perintah kawalan pergerakan dan menyenaraikan beberapa aspek yang perlu dipatuhi. Namun, penjelasan terhadap arahan itu sendiri masih samar.
Berbeza dengan perintah lockdown, penutupan servis yang ada di dalam negara hanya tertumpu kepada perkhidmatan bukan kritikal.
Ini bermakna aspek keperluan manusia masih terjaga namun terbatas.
Rakyat masih lagi boleh pergi membeli barang keperluan di pasar raya namun perlu mengamalkan konsep jarak sosial.
Sistem pendidikan telah ditutup serta-merta di seluruh negara dan pelancong asing akan melalui sekatan kastam.
Mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk bagi mengelakkan penularan jangkitan korona virus di Malaysia.
Baca juga:
- Selepas PKP Berakhir, Adakah Kita Boleh Jalani Kehidupan Seperti Biasa? – Baca Ini Dulu!
- PKP Tak Bermaksud Anda Jadi Antisosial, Ini Cara Kekalkan Interaksi Walaupun Terkurung!
Walau bagaimanapun, disebabkan oleh salah faham di antara konsep lockdown dan kawalan pergerakan, terdapat banyak kiriman di media sosial yang tular dengan perkara ini.
Namun, adakah salah faham ini berpunca daripada sikap mereka sendiri?
Salah faham ini bukan sahaja dialami oleh individu yang tidak berlatarbelakangkan bidang kesihatan.
Pakar juga mempunyai pelbagai jenis intepretasi dengan perintah kawalan pergerakan ini namun mereka faham, ia dilaksanakan bagi mencapai hasil yang sama.
Ada yang menganggap perintah kawalan pergerakan ini sebagai langkah separa lockdown. Terdapat banyak sekatan aktiviti yang dilakukan kepada individu dan jika tiada tujuan penting, mereka tidak dibenarkan berada di luar rumah.
Pergerakan setiap individu perlu berada pada jarak tertentu dan tidak boleh secara berkumpulan.
Berbeza dengan perintah berkurung secara total, setiap individu masih lagi boleh keluar rumah untuk membeli keperluan asas.
Strategi turunkan jumlah kes korona virus di Malaysia

Tindakan yang diambil oleh kebanyakan negara di seluruh dunia berkenaan dengan pengisytiharan lockdown atau perintah kawalan pergerakan adalah berdasarkan rumusan matematik dan bukan ramalan semata-mata.
Saranan jarak sosial yang diajukan adalah untuk menyekat penularan virus berdasarkan kepada keupayaannya untuk ‘melompat’ dari satu individu kepada individu yang lain pada kadar yang cepat.
Dalam model jangkitan, secara idealnya, kecenderungan peningkatan graf perlu berada pada jumlah individu yang sembuh berbanding dengan individu yang dijangkiti.
Dalam situasi tersebut, kita boleh simpulkan bahawa langkah pencegahan yang diambil berkesan.
Walau bagaimanapun, kita sekarang sedang menyaksikan model yang bertentangan dengan konsep ideal tersebut. Jumlah mereka yang dijangkiti meningkat lebih laju berbanding dengan mereka yang sembuh.
Artikel berkaitan:























