Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
COVID-19 di Malaysia sudah mula mengekalkan bilangan kadar kes baharu antara 130 ke 160 kes sehari sejak 27 Mac yang lalu.
Ini menunjukkan tiada peningkatan kes secara mendadak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ia mula menunjukkan kesan positif secara perlahan-lahan.
Artikel berkaitan:
- #StayAtHome : Sebab Di Sebalik Perintah Kawalan Pergerakan, Kenduri Pun Kena Cancel!
- Perintah Kawalan Pergerakan, Langkah Efektif Bendung Korona Virus Di Malaysia
Penguatkuasaan PKP tidak akan menghapuskan jangkitan kes COVID-19 secara 100%, tetapi ia sangat membantu dalam mengekang jangkitan ini daripada menular dengan lebih mudah atau lebih pantas.
Fahami bagaimana virus ini merebak melalui video ini.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/
Berikut adalah statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia:
[covid_19]
Bilangan kes semasa menunjukkan perkembangan positif

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER), bilangan kes baharu yang dilaporkan setiap hari tidak sama seperti yang mereka jangkakan.
Melalui perbandingan trajektori yang dikeluarkan oleh MIER bermula 24 Mac 2020 hingga 30 Mac 2020, kita dapat lihat beberapa perkara penting seperti berikut:
- Bilangan kes COVID-19 yang dilaporkan adalah lebih rendah berbanding bilangan kes yang dijangkakan oleh MIER.
- Purata peningkatan kes dari hari ke hari selama 7 hari yang dijangkakan sebelum ini adalah sebanyak 12.51%. Manakala kadar peningkatan sebenar yang dilaporkan adalah sebanyak 7.49% dengan perbezaan margin sebanyak 5.02%.
- Ini menunjukkan bahawa peningkatan kes COVID-19 yang baharu dalam tempoh tersebut telah menunjukkan kadar yang lebih rendah berbanding apa yang dianggarkan sebelum ini.
- Walaupun masih terlalu awal bagi membandingkan kadar ini, ia jelas menunjukkan terdapat kesan yang signifikan melalui pelaksanaan PKP dengan kadar pesakit baharu yang positif jangkitan COVID-19.
2,359 sukarelawan kesihatan daftarkan diri

Sementara itu, semakin ramai individu di seluruh negara bertindak mendaftarkan diri mereka untuk menjadi sebahagian daripada barisan hadapan negara menentang wabak COVID-19 ini.
Sejak pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka ruang untuk mana-mana individu menjadi sukarelawan kesihatan, 2,359 orang telahpun menawarkan diri mereka untuk sama-sama terlibat membantu negara.
Artikel berkaitan:
- KKM Isytihar Khidmat Pemeriksaan Virus Corona Di Rumah
- Pesara Doktor Mungkin Dipanggil Berkhidmat Lawan COVID-19, Bukan Ke Orang Tua Lebih Berisiko?
Berikut adalah kategori dan bilangan sukarelawan kesihatan yang telah mendaftar bersama KKM:
- 65 orang Pakar Perubatan pelbagai bidang
- 159 orang Pegawai Perubatan
- 909 orang Jururawat
- 220 orang Juruteknologi Makmal Perubatan
- 704 orang Penolong Pegawai Perubatan
- 106 orang Juru X-ray
- 56 orang Fisioterapi
- 70 orang Pegawai Sains (Mikrobiologi)
- 7 orang Pegawai Farmasi
- 44 orang Penolong Pegawai Farmasi
- 11 orang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- 2 orang Pegawai Psikologi
- 6 orang Kaunselor
Artikel berkaitan:























