Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Sudah 4 bulan berlalu dan kita masih lagi bergelut dengan wabak virus korona baharu (COVID-19) yang telah menjangkiti lebih daripada 1 juta individu di seluruh dunia.
Jika dilihat di Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara yang mengalami peningkatan kes terbanyak berbanding dengan negara lain.
Statistik bagi kes positif dan kematian di Malaysia adalah seperti berikut:
[covid_19]
Walaupun usaha kerajaan memperketatkan perintah kawalan pergerakan dilihat sebagai satu inisiatif yang berjaya, namun jika kita tidak berhati-hati, jumlah kes COVID boleh melonjak naik.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, bulan April ini berkemungkinan adalah saat kritikal yang akan menyaksikan jumlah kes berada di puncak sebelum ia turun perlahan-lahan bagi negara Malaysia.
Kesimpulan ini dibuat setelah graf jangkitan dianalisis dan ia menunjukkan penurunan mendadak berbanding dengan nilai yang telah diramalkan oleh pakar.
Ternyata tindakan jarak sosial dan perintah kawalan pergerakan berkesan dalam membasmi penularan COVID-19.
Protokol kawalan masih perlu ketat walau jumlah kes COVID-19 baharu menurun

Pada 2 April 2020, peningkatan kes baharu di Malaysia adalah sebanyak 208 individu. Kita masih lagi berada di dalam zon tidak selamat maka perintah kawalan pergerakan perlu dijalankan dengan ketat.
Namun, jika di masa akan datang, jumlah kes mula menurun secara mendadak, pihak kementerian dan kerajaan akan mengalami satu keadaan sulit untuk membuat keputusan.
Keputusan yang akan mempengaruhi tahap kesihatan masyarakat lebih-lebih lagi kita sudah hampir dengan bulan Ramadan.
Adakah perintah berkurung perlu diteruskan sebagai langkah selamat atau ia perlu ditamatkan bagi memulihkan keadaan ekonomi negara yang sedikit sebanyak terkesan?
Adakah pembukaan Bazar Ramadan akan dibenarkan bagi membantu memulihkan pendapatan peniaga kecil atau ditutup bagi menjaga kebajikan kesihatan rakyat?
Apa yang kita perlu tahu berkenaan dengan COVID-19 adalah ia agak licik. Mereka yang dijangkiti boleh bebas simptom dan dalam masa yang sama menyebarkannya tanpa sedar.
Artikel berkaitan:
























