COVID Akhirnya Ragut 2 Nyawa, Orang Tua Lebih Berisiko? INI Sebab Kena Elak Perhimpunan Besar
*Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila layarinya di sini.
Peningkatan mendadak kes positif virus korona baharu (COVID) di Malaysia kini menjadi mimpi ngeri. Ini berikutan apabila dua daripada kira-kira 600 individu yang disahkan positif, menghembuskan nafas terakhir pada hari ini (17 Mac 2020).
Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan mulai 18 Mac 2020 mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344).
Kini, kita telah mencatatkan dua kes kematian COVID di Malaysia. Apakah tindakan lain yang boleh diambil oleh kerajaan bagi membendung wabak ini dan mengelakkan lebih banyak kematian? Baca artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.
Golongan tua catat kematian COVID di Malaysia yang pertama
Pesakit telah mengalami simptom batuk, demam dan sukar bernafas sejak 7 Mac 2020. Dia telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 dan dimasukkan ke dalam hospital setelah disahkan positif ujian saringan COVID.
Sepanjang berada di hospital, pesakit telah mengalami kemerosotan tahap kesihatan lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Pada 17 Mac 2020, pesakit menghembuskan nafas terakhirnya di hospital tersebut. Pesakit telah direkodkan sebagai kematian COVID di Malaysia yang pertama.
Gambar oleh OurWorldInData – Dilesenkan Oleh Creative Common (CC BY)
Di negara-negara lain seperti China, jumlah kematian golongan tua terutamanya bagi mereka yang berusia 80 tahun dan ke atas adalah antara yang tertinggi.
Kes kematian COVID di Malaysia jelas menunjukkan bahawa golongan tua perlu diberikan perhatian yang lebih apabila disahkan positif jangkitan COVID.
Bermulanya di perhimpunan tabligh, jangkitan COVID-19 meragut satu nyawa
Kes kematian kedua, yang merupakan kes ke 178 yang didiagnosis dengan positif COVID, merupakan lelaki warganegara Malaysia yang berusia 34 tahun.
Dia telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang dianjurkan pada 27 Februari hingga 1 Mac 2020. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh 16,000 peserta dan kira-kira 14,000 merupakan rakyat Malaysia.
Selepas perhimpunan tersebut tamat, kumpulan tabligh tersebut diberikan prioriti bagi menjalani ujian saringan COVID. Setakat ini, 478 daripada 673 individu yang disahkan positif merupakan peserta yang hadir ke perhimpunan tabligh tersebut.
Berdasarkan daripada laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, jelas menunjukkan bahawa kehadiran individu ke majlis keramaian meningkatkan potensi untuk virus COVID menular.
Walaupun, secara amnya mereka yang berusia 40 tahun dan ke bawah biasanya mengalami simptom ringan, namun, bukan semua akan melalui perkara yang sama.
Artikel berkaitan:
Pelbagai jenis faktor boleh mempengaruhi tahap kesihatan dan tahap keterukan jangkitan COVID.
Oleh sebab banyak lagi maklumat berkenaan dengan virus tersebut masih samar, kita tidak sepatutnya ambil ringan akan hal ini.
Pesakit telah mengalami simptom demam pada 5 Mac 2020. Dia telah mendapatkan rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac dan disahkan positif virus korona. Sepanjang tempoh di hospital, keadaan kesihatannya merosot dan dia telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi.
Namun, apakan daya, pesakit menghembuskan nafas terakhir seterusnya merekodkan kematian COVID di Malaysia yang kedua pada 17 Mac 2020.
Konklusi
Ini merupakan saat kritikal bagi semua rakyat Malaysia. Penulis ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa (kes 178 dan 358) atas pemergian ahli keluarga tercinta.
Apa yang anda perlu ingat adalah amalan jarak sosial dan kepatuhan terhadap perintah kawalan pergerakan dapat menyelamatkan nyawa dan berpotensi untuk membendung wabak COVID.
Tular Kes Coronavirus Di KL, JANGAN Pentingkan Diri! Kuarantin Langkah Utama
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Laman Sesawang Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.
TERKINI: 2 kematian pertama akibat COVID-19. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666231/terkini-2-kematian-pertama-akibat-covid-19). Diakses pada 17 Mac 2020.
KKM tiada jumlah terkini peserta ijtimak tabligh. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/665320/kkm-tiada-jumlah-terkini-peserta-ijtimak-tabligh). Diakses pada 17 Mac 2020.
Aging changes in immunity. (https://medlineplus.gov/ency/article/004008.htm). Diakses pada 17 Mac 2020.
Inform police if you need to travel inter-state, says IGP. (https://www.theedgemarkets.com/article/inform-police-if-you-need-travel-interstate-says-igp). Diakses pada 17 Mac 2020.
Versi Terbaru
08/04/2020
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung