Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Susulan kepada wabak virus korona baharu (COVID-19), banyak kajian yang telah dijalankan bagi memahami corak jangkitan yang berlaku.
Pelbagai jenis pemalar yang telah diukur termasuklah jantina lelaki, penyakit kronik dan juga jenis darah pesakit.
Kajian baharu yang melihat kepada kaitan COVID-19 dengan jenis darah A telah dilakukan di Wuhan, titik pusat jangkitan yang terletak di China.
Memandangkan jumlah kes positif dunia telah meningkat pesat melebihi angka 1 juta, pasti ada faktor lain yang menyebabkan sebahagian individu mudah dijangkiti oleh virus tersebut.
Di Malaysia, angka kes positif adalah seperti berikut:
[covid_19]
Baca artikel ini jika anda ingin mengetahui kaitan di antara jenis darah dan kecenderungan untuk dijangkiti oleh wabak COVID-19.
Kaitan jenis darah A dan kecenderungan untuk mendapat jangkitan COVID-19

Jika dilihat pada dua jenis antigen, A dan B, kumpulan darah boleh dibahagikan kepada 4 iaitu:
- Jenis A mempunyai antigen A dan antibodi B
- Jenis B mempunyai antigen B dan antibodi A
- Jenis AB mempunyai kedua-dua antigen A dan B, tiada antibodi antigen
- Jenis O tidak mempunyai kedua-dua antigen, mempunyai antibodi A dan B
Pengelasan jenis darah ini penting terutamanya ketika prosedur transfusi darah.
Jika seseorang itu mempunyai darah jenis A, mereka tidak boleh menerima darah daripada individu yang mempunyai darah jenis B.
Ini berikutan darah jenis B mempunyai antibodi A yang boleh menyerang antigen A.
Oleh sebab itulah darah jenis O dianggap sebagai penderma umum memandangkan ia tidak mempunyai mana-mana antigen.
Baca juga:
- Usah Pentingkan Diri! Ini Sebabnya JANGAN Beli Barang Yang Tak Perlu Semasa COVID-19 Melanda
- Cari Pasal! Pasar Basah Makanan Eksotik Di China Beroperasi Kembali
Terdapat kajian yang menunjukkan jenis darah memainkan peranan penting dalam menentukan risiko seseorang untuk mendapat jangkitan kuman.
Ada beberapa sebab di sebaliknya:
- Ada antigen darah yang boleh menjadi reseptor kepada bakteria, parasit dan toksin. Ini bermakna, darah tersebut boleh membantu penularan jangkitan dalam badan.
- Antigen pada permukaan darah tertentu boleh bertindak sebagai reseptor palsu menyukarkan proses lekatan dengan tisu lain. Situasi ini bermakna, jangkitan sukar untuk berlaku.
- Ada jenis darah yang boleh mengaktifkan penghasilan antibodi ABO sekiranya bakteria yang menceroboh mempunyai antigen ABO aktif.
Jika 3 pernyataan di atas sukar untuk difahami, apa yang anda perlu tahu adalah, mereka yang mempunyai kumpulan darah tertentu, mudah atau sukar untuk dijangkiti oleh sesuatu wabak.
Ia bergantung kepada ciri-ciri fizikal mikroorganisma itu sendiri.
Virus atau bakteria yang berbeza akan berinteraksi dan memberikan kesan fisiologi yang berbeza.
Sebagai contoh, bagi penyakit taun, mereka yang mempunyai darah jenis O sukar untuk mendapat jangkitan berkenaan.
Namun, jika mereka dijangkiti, proses penyakit tersebut cenderung untuk menyebabkan simptom yang lebih teruk dalam kalangan pemilik darah jenis O.
Adakah benar pemilik darah jenis A lebih mudah dijangkiti COVID-19?

Apa yang pembaca perlu tahu berkenaan dengan subjek jenis darah dan jangkitan, ia memerlukan kajian dan pemerhatian yang lebih mendalam.
Setakat ini, banyak perkara yang kita tidak tahu berkenaan dengan COVID-19.
Hipotesis berkenaan kecenderungan jenis darah A untuk dijangkiti COVID-19 timbul berdasarkan kepada pemerhatian terhadap 2,173 subjek yang dimasukkan ke dalam hospital di Wuhan.
Walaupun dapatan kajian menunjukkan keputusan yang jelas, jumlah itu tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan tentang kecenderungan COVID-19 untuk menyerang darah A dan mengelak darah O.
Artikel berkaitan:























