Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Pertambahan melebihi 41 jumlah kes positif di Cheras telah menjadikannya sebagai salah satu zon merah bagi wabak virus korona baharu (COVID-19) di Malaysia.
Perkara ini telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia sudah melebihi angka 1 juta.
Ini merupakan satu perkembangan yang serius memandangkan wabak tersebut bukan sahaja mempengaruhi tahap kesihatan dunia malah keutuhan ekonomi negara.
Di Malaysia, statistik kes positif adalah seperti berikut:
[covid_19]
Pada 4 April, Cheras telah disenaraikan sebagai kawasan zon oren, iaitu kawasan yang mempunyai jumlah kes positif di bawah angka 40.
Namun, rekod terbaru menunjukkan angka tersebut meningkat sehingga ia mengubah status Cheras kepada zon merah.
Kini, Cheras merupakan salah satu daripada 4 daerah di Kuala Lumpur dan 18 kawasan di seluruh Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai kawasan zon merah.
Penting ke untuk kita tahu berkenaan dengan kawasan zon merah atau oren?

Apabila bercakap mengenai usaha untuk membendung kemaraan wabak virus korona baharu, kita tidak boleh menggunakan langkah yang umum untuk setiap kawasan.
Jumlah kes merupakan salah satu kriteria yang boleh dijadikan panduan oleh KKM bagi menentukan kawasan yang memerlukan kawalan pergerakan yang lebih ketat.
Secara umumnya, setiap kawasan di Malaysia mempunyai status jangkitan wabak COVID-19 yang tersendiri:
- Zon hijau – Tiada satu pun kes positif.
- Zon kuning – Mempunyai jumlah kes positif di antara 1 hingga 20 kes.
- Zon oren – Mempunyai jumlah kes positif di antara 21 hingga 40 kes.
- Zon merah – Mempunyai jumlah kes positif melebihi angka 40.
Berdasarkan daripada maklumat jumlah kes tersebut, tindakan untuk memperketatkan perintah kawalan pergerakan boleh dilakukan terhadap kawasan zon merah tertentu.
Artikel berkaitan:























